Sejarah Nenas
Nenas adalah buah yang berasal dari Amerika Selatan dan perkataan nenas yang kita gunakan untuk buah itu berasal dari perkataan nanas dari bahasa Tupi di Brazil, Amerika Selatan. Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, nama betul untuk buah ini dalam Bahasa Melayu ialah nanas, bukan nenas.
Kapal pertama dari Portugal yang diketuai oleh Pedro Álvares Cabral telah tiba di Brazil dalam tahun 1500. Seterusnya, Portugis telah menakluki negara itu. Dalam tahun 1519 Ferdinand Magellan, seorang pelayar dari Portugal, telah menemui nenas di Brazil. Mulai sekitar tahun 1555, buah nenas mula dieksport ke merata dunia, termasuk Asia.
Peristiwa ini berlaku lebih kurang sama waktu dengan kedatangan Portugis ke Melaka. Adalah dipercayai bahawa Portugis jugalah yang memperkenalkan nenas ke Malaya melalui Melaka, dan nama asal nanas dikekalkan di sini.
Penanaman nenas telah berkembang pesat di Malaya setelah buah itu diperkenalkan, begitu juga di negara-negara jiran. Pada hari ini, Thailand, Malaysia dan Filipina merupakan diantara pengeluar nenas terbesar di dunia. Negara-negara lain yang terkenal sebagai pengeluar nenas adalah Hawaii, Mexico, Honduras, Dominican Republic, Costa Rica dan China.
Di pertengahan abad ke-20, negeri Johor merupakan negeri yang paling banyak ladang nenas di Malaysia. Tetapi, disebabkan keuntungan yang rendah berbanding sawit, ladang nenas kini bertukar menjadi ladang sawit. Walau pun begitu, Johor masih lagi diantara negeri yang banyak tanaman nenas, bersama Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang
Dalam pada itu, diberitakan bahawa syarikat Del Monte dari Filipina bercadang untuk membuka ladang nenas seluas 15,000ha di Sabah atau Sarawak.
Sejarah Tart Nenas
Tart dan pai adalah makanan Eropah sejak berkurun lalu. Resepi pai epal dari kurun ke-14 ada terkandung dalam buku resepi lama dari England. Tart dianggap sebagai pai yang tidak bertutup.Seawal abad ke-15 telah wujud persatuan pâtissier (penjual manisan) di Perancis yang antara lain, membuat pai dan tart.
Sejarah juga menunjukkan bahawa makanan manis berasaskan pastri telah wujud di Greece sejak abad ke-5 sebelum Masihi.
Resepi tart nenas yang paling tua yang diketahui datangnya dari England, dalam buku resepi The Country Housewife and Lady’s Director”, keluaran tahun 1736. Resepinya seperti berikut:
To make a Tart of the Ananas, or Pine-Apple. From Barbadoes.
Take a Pine-Apple, and twist off its Crown: then pare it free from the Knots, and cut it in Slices about half an Inch thick; then stew it with a little Canary wine, or Madera Wine, and some Sugar, till it is thoroughly hot, and it will distribute its Flavour to the Wine much better than any thing we can add to it. When it is as one would have it, take it from the Fire; and when it is cool, put it into a sweet Paste, with its Liquor, and bake it gently a little while, and when it comes from the Oven, pour Cream over it (if you have it) and serve it either hot or cold.